Langkawi aku datang

setelah beberapa tahun tak kelangkawi sempena perkahwinan adik ipar saya ke perlis kami mengambil kesempatan terus ke pulau langkawi.setelah beberapa bulan membuat peranjangan ahkirnya sampai juga kami kelangkawi.
Dlam perjalanan mendaki bukit ipoh

Jeti kuala perlis.mengambil feri di jeti kuala perlis lebih dekat perjalan dari kuala kedah dengan hanya 40 minit

BERSEDIA UNTUK MENAIKI FERI

ketika sampai ke trafik light anda pasti didatangi beberapa anak muada menawarkan tempat letak kereta untuk anda dengan kadr harga rm 15.00 rinnggit sehari ada diskaun  jangan risau semua nya pasti selamat.

pasangan bahagia yang saya temui diatas feri

Tempat membeli belah di BERAS TERBAKAR

BERAS TERBAKAR

 Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam[1]. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan Mahsuri
 Selepas melalui pelbagai cabaran dan proses pembangunan, kini kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda letaknya tapak beras terbakar. Kawasan ini terletak di dalam kawasan tanah persendirian di kawasan Padang Mat Sirat. Untuk ke kawasan beras terbakar, anda perlu melalui kawasan bazar yang terdapatnya kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata[2]. Di penghujung laluan, akan kelihatan pintu masuk ke sebuah rumah Melayu tradisional. Sebaik melepasi pintu masuk, di sebelah kiri anda akan terletaknya tapak beras terbakar.
PELANCONG TEMPATAN

CABLE CAR

 Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.[1] Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004.[2] Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.[3]




JURU PHOTO



Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells) merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Curahan dari telaga pertama membentuk sebatang sungai kecil dan menerusi ke telaga yang lain. Ia terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk Burau. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 900 anak tangga curam sehingga bahagian pertama air terjun. Ia boleh mengambil masa antara 45 minit sehingga sejam untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun Telaga Tujuh yang setinggi 90 meter ini.
Air Terjun Telaga Tujuh mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuk kolah pada muka bukit, dari mana ia mendapat nama. Aliran air yang pantas menjadikan batu sekelilingnya licin ketika air mengalir dari satu kolam ke kolam yang lain sehingga kolam ke tujuh di kaki bukit 90 meter di bawah. Air terjun ini dikatakan sungguh cantik sehinggakan ia menjadi tempat pari-pari mandi dan juga mampu merawat penyakit.
Terdapat pokok limau sintuk yang terdapat di kawasan air terjun itu yang dikatakan ditinggalkan oleh pari-pari tersebut. Limau Sintuk biasanya digunakan dalam perubatan Melayu bagi membuang sial dengan mandi bersintuk.
Air Terjun Telaga Tujuh boleh dicapai menggunakan kereta, motorsikal atau teksi; satu meter selepas melepasi Pantai Kok, belok ke kanan, bersetentangan dengan Burau Bay Resort sehingga samapai ke tempat letak kereta. Terdapat gerai menjual cendera hati di kaki bukit. Memanjat ke puncak air terjun memakan masa sekitar 45 minit, dan pengunjung dapat menikmati pemandangan indah semulajadi di hutan hujan khatulistiwa sepanjang perjalanan.
Bagi mereka yang mata tajam, mereka berpeluang melihat haiwan liar seperti monyet dan tupai, selain berpeluang melihat burung enggang yang bertenggek di dahan pokok.
Pengunjung dinasihati agar mematuhi panduan yang diberi, mereka yang tidak mematuhi arahan keselamatan ada yang tercedera atau terbunuh di masa lalu. Ini berlaku apabila pengunjung melintasi tali halangan untuk pergi lebih hampir dengan air terjun lalu tergelincir akibat batu yang licin.[1]




TELAGA TUJUH

TEMPAHLAH HOTEL MURAH DENGAN AGODA.COM

DATARAN LANG
DATARAN LANG

3HARI dua malam sebenarnya tak mencukupi untuk berada di langi kawi kerana mas tak mengizinkan untuk mengziarahi banyak tempat.