Bukit Larut taiping perak

Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.
FaktaSunting
Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.
Tea Garden (Kebun Teh) - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.
Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.
Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.
Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.
Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.
Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui.
Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping.
Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut
Penginapan dan TambangSunting
Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM6 bagi dewasa dan RM3 (kanak-kanak bawah 10 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM7 (dewasa) dan RM4 (kanak-kanak bawah 10 tahun). Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun).Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243
Hati terasa ingin nak pergi bukit larut setelah hampir dua puluh tahun tak jejak kaki kat sana
Tapi ternyata ia nya tak seperti dulu dan semeriah dulu

Teluk nipah pulau pangkor,malsysia

Teluk nipah pangko4

Dihadapan pintu maduk chalet
Lobby chalet bersama tempat breakfirst
Jalan menuju kepantai lebih kurang 100 meter dari penginapan
Mintu masuk nipah bay villa
Pengujung yang sefang bersarapan
Menu roti bakar,nasi goreng,telur rebus,kacang dan oren jus untu
Rm10.00 buffet

Memborong ikan segar di jeti hutan melintang

Seawal 7 pagi setia menungguu di  jeti demi mendapatkan ikan segar terbaik dri laut dengan harga yang murah dari pasaran